Search This Blog

Thursday, July 1, 2010

HIKMAH SUJUD DAN TUJUH KALIMAH

HIKMAH SUJUD DAN TUJUH KALIMAT

A. SUJUD

Sujud boleh melegakan sistem pernafasan.Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak mengetahui mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud diwaktu solat. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. itu sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai hikmah dan kelebihan yang selalunya tidak terfikir oleh akal manusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk:-

1.Sujud fizikal seperti ketika bersolat.

2.Sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya.

Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.

Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

Bernafas ketika sujud pula boleh:-

1.membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.

2.melegakan sakit hernia. (burut)

3.mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

4.melegakan paru-paru daripada ketegangan.

5.mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.

6.kedudukan paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang
tubuh.

7.meringankan bahagian pelvis.

8.memberi dorongan supaya mudah tidur.

9.menjadikan otot lebih kuat dan elastik, secara automatic memastikan kelicinan perjalanan
darah.

10.bagi wanita, pergerakan otot menjadikan buah dada lebih baik, mudah berfungsi untuk
menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.

11.mengurangkan kegemukan.

12.memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta
terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).

13.organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

14.mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara
kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Allah s.w.t Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, bongkak, meninggi diri,riak, takbur dan sebagainya. Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

B.TUJUH KALIMAT

Sabda Rasulullah S.A.W
" Barang siapa hafaz tujuh kalimat ini, ia terpandang mulia di sisi Allah s.w.t dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih dilautan "

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu pekerjaan.

2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu perkerjaan.

3. Mengucap Astagfirullah jika lidah tersilap perkataan yang tidak patut di lafazkan

4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak
diingini.

6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucap La ilaha illallah Muhammad Rasulullah sepanjang waktu sehingga tak terpisah dari
lidahnya (tafsir hanafi), mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan
selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa!



Disusun oleh Abu Azam
JHEAINS

Tuesday, March 16, 2010

LELAKI SOLEH

Subject: LELAKI SOLEH
Lelaki Soleh dapat di definisikan sebagai seorang lelaki muslim yang beriman
(mukmin), bersih dari segi zahir dan batinnya, mengambil makanan yang bersih
dan halal(bukan dari sumber yang haram) serta sentiasa berusaha menjauhkan
dirinya dari perkara yang akan mendorong kearah maksiat dan menariknya ke jurang NERAKA yang amat dalam.

Lelaki soleh juga ialah seorang lelaki yang sentiasa taat kepada Allah swt.
dan RasulNya walau dimana sahaja mereka berada dan pada bila bila masa sahaja. Kesolehan dan keimanan seseorang tidak dapat dilihat dan diukur dari segi lahiriah semata mata kerana ianya adalah berkait rapat dengan masalah AKIDAH dan KEYAKINAN, kepada siapa dia menyerah keyakinan dan ketaatan dan
sebaliknya.

TAUHID merupakan dasar tertinggi dalam kehidupan yang harus sentiasa
dipelihara kerana apabila tauhid tidak betul dan sempurna, maka seluruh
amalan yang dilakukan adalah sia-sia sahaja. Apabila telah jelas kepada
siapa kita memberikan perwalian dan terhadap pihak mana kita menolak
kepimpinan, barulah Tauhid akan menjadi kenyataan dan berdiri dengan
tegaknya dalam jiwa seseorang. Oleh yang demikian, jelaslah bahawa kesolehan
seseorang lelaki itu tidak dapat dinilai dari segi lahiriah semata-mata.

Ianya adalah lebih jauh dan mendalam dari itu semua. Antara hal-hal yang
harus dilihat dan dikaji pada setiap individu muslim ialah perkara-perkara
yang bersangkutan dengan keyakinan, tujuan dan pandangan hidup serta
cita-cita dan jalan hidup seseorang itu.

KRITERIA-KRITERIA LELAKI SOLEH SEPERTI YANG DIMAKSUDKAN OLEH AL QURAN DAN AL HADIS.....

1. Sentiasa taat kepada Allah swt dan Rasullulah saw.
2. Jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hudupnya.
3. Mati syahid adalah cita cita hidup yang tertinggi.
4. Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran dari Allah swt.
5. Ikhlas dalam beramal.
6. Kampung akhirat maejadi tujuan utama hidupnya.
7. Sangat takut kepada ujian Allah swt. dan ancamannya.
8. Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya.
9. Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.
10. Solat malam menjadi kebiasaannya.
11. Tawakal penuh kepada Allah taala dan tidak mengeluh kecuali kepada
Allah swt
12. Selalu berinfaq samaada dalam keadaan lapang mahupun sempit.
13. Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah diantara mereka.
14. Sangat kuat amar maaruf dan nahi munkarnya.
15. Sangat kuat memegang amanah, janji dan kerahsiaan.
16. Pemaaf dan lapang dada dalam menghadapi kebodohan manusia, sentiasa
saling koreksi sesama ikhwan dan tawadhu' penuh kepada Allah swt.
17. Kasih sayang dan penuh pengertian kepada keluarga.

Selain daripada ciri-ciri diatas, orang yang soleh juga merupakan
insan insan yang senantiasa mendapat ujian dan cubaan daripada Allah swt.
setelah para nabi nabi dan orang orang yang mulia. Mereka menghadapi segala
ujian tersebut dengan hati yang tabah dan tetap teguh dalam keimanan serta
pendirian. Mereka tidak mudah menyerah kalah dari keganasan dan tekanan musuh.

Tugas tugas dan kewajipan Lelaki Soleh........

1. Mencari nafkah ( belanja hidup)
2. Berjihad Fisabilillah.
3. Melindungi dan membela kaum yang lemah dan tertindas.
4. Memimpin, mendidik dan berlaku adil terhadap isteri.

1. MENCARI NAFKAH

Tugas mencari nafkah diberatkan kepada kaum Lelaki kerana kelebihan dalam
penciptaannya yang berupa kekuatan fizikal dan akal fikirannya. Oleh itu
Lelaki mampu untuk bekerja keras untuk mencari nafkah, memberi perlindungan
dan pertahanan maruah kehidupannya terutama kepada keluarga,bangsa
dan agamanya. Inilah sebabnya lelaki diangkat menjadi pemimpin bagi kaum
wanita. Oleh itu, seorang lelaki muslim, lelaki dan suami yang soleh, tidak
akan melalaikan tugas ini. Ia wajib bekerja menurut apa sahaja kemampuannya.
Dalam melaksanakan tugas ini, dia haruslah MEMBETULKAN NIATnya iaitu ikhlas
untuk mencari keredhaan Allah swt. Dia tidak akan merasa MALU untuk
melakukannya sebaliknya gembira dan berbangga terhadap pekerjaannya lebih
lebih lagi perkara yang halal.

Lelaki soleh tidak akan lupa untuk mengingati hari akhirat tetapi menjadikannya sebagai tujuan yang utama. dia bekerja didunia untuk mencari keuntungan di akhirat, bukannya mengejar keduniaan semata-mata. Dengan cara ini, usahanya akan sentiasa berhasil dan berjaya didunia dan akhirat. Seperti kata ulama Salaf yang bermaksud; Wahai anak Adam! Juallah duniamu dengan akhirat, maka engkau akan UNTUNG semuanya, tetapi jangan engkau jual akhirat dengan dunia, maka engkau akan RUGI semuanya.

" Bagi orang orang yang telah mengerjakan kewajipan agamanya dengan baik kemudian terasa penat dan letih pada malamnya, sehingga tidak dapat mengerjakan amalan amalan sunnah, maka Allah dan RasulNya memberikan jaminan dengan ampunan sepanjang malam yang dilaluinya dengan tidur yang nyenyak".

Inilah antara ganjaran yang akan dikurniakan kepada lelaki soleh yang mencari nafkah dengan bersungguh sungguh. Terdapat dua cara orang berusaha mencari nafkah seperti yang dianjurkan oleh ISLAM.

Pertama:Hendaklah ia tidak melalaikan tugasnya terhadap Allah swt. dan
janganlah ia meninggalkan nilai nilai yang LUHUR.

Kedua : Hendaklah dilakukan dengan cara yang halal, bersih dan tidak
Membawa apa apa kemudaratan kepada orang lain dan tidak pula bertentangan
Dengan peraturan-peraturan umum.

Antara cara cara pencarian harta yang diharamkan oleh Islam ialah:

1. Riba,
2. Penimbunan barang barang yang menjadi hajat orang ramai,
3. Perjudian dan perdagangan minuman keras,
4. Berlaku penipuan dalam penimbangan dan penukaran barang,
5. Mencuri
6. Memakan harta orang lain dengan cara yang bathil seperti yang
diterangkan
dalam surah An Nisa 4, ayat 29.

2. BERJIHAD FISABILILLAH

Jihad merupakan amal yang paling utama dan puncak ketinggian Islam. Tidak
ada satu pun amalan soleh yang dapat menandingi Jihad. Orang soleh tidak
sedikit pun merasa gentar dan takut apabila berjuang menegakkan agama Allah
sebaliknya sentiasa tersenyum bangga menjadi seorang Pegawai Allah dengan
gelaran paling indah iaitu MUJAHIDIN. Inilah yang dimaksudkan dengan lelaki
soleh, yang mana pekerjaan utamanya membunuh atau terbunuh. Jika tidak
terbunuh, maka ia mesti membunuh. Tidak terdapat alternatif lain kecuali
satu antara dua 'YUQTAL AU YAGHLIB' yakni TERBUNUH atau MENANG.

3. MELINDUNGI DAN MEMBELA KAUM YANG LEMAH DAN TERTINDAS

Sememangnya sejak akhir-akhir ini golongan kafir senantiasa mencari peluang
untuk menindas dan menakluki negara-negara serta umat- umat Islam.Orang
orang yang soleh haruslah peka dan bersedia untuk bertindak balas supaya
umat-umat Islam tidak akan ditindas dengan sewenang-wenangnya oleh golongan
tersebut.

" Wahai lelaki soleh...! tugas dan tanggungjawabmu bukanlah ringan,bayangkan langit dan gunung tidak mampu membawanya. Kamu sajalah yang akan tampil dan mampu menyelesaikan persoalan besar ini. Orang orang yang lemah dan sedang tertindas sentiasa menanti kehadiranmu. Mereka berdoa agar kamu segera tiba untuk menjadi pembela dan penolong bagi mereka."Inilah laungan yang senantiasa terdengar daripada golongan golongan yang tertindas dan mengharapkan bantuan.Oleh itu lelaki yang soleh haruslah
memainkan peranannya sebagai pembela agama sama ada secara langsung ataupun
tidak langsung demi untuk mengekalkan kedaulatan agama Islam

4. MEMIMPIN DAN MENDIDIK ISTERI

1.Mengajar dan membimbing dengan cara yang baik sehingga isteri yang
tidak solehah menyedari akan kesilapannya dan menukar cara hidupnya menjadi
isteri solehah. 2.Menangani isteri yang bodoh dan keras kepala dengan bijaksana sehingga dia menyedari hakikat yang sebenarnya dan bersedia mengubahnya.

Demikianlah cara yang telah digariskan oleh Islam untuk mengatasi
masaalah ketidaksesuaian suami isteri dalam kehidupan rumah tangga.Apabila
menghadapi sebarang kesulitan, lelaki soleh tidak akan cepat melatah dan
bertindak menurut nafsu dan perasaan semata-mata tanpa mengambil kira
perasaan orang lain. Lelaki soleh akan bertindak dengan cara yang lebih
effisien dan bijaksana dan senantiasa memohon petunjuk dari Allah swt.

Dengan ini kebahagiaan rumahtangga akan dapat dikekalkan buat selama
Lamanya. Berlaku baik terhadap isteri. Suami yang soleh akan sentiasa maenjaga
kebajikan keluarganya terutama isterinya.Ia senantiasa menjaga hati dan perasaan pasangannya dan sentiasa menggembirakan isterinya. Mereka juga akan
bertanggungjawab dalam menguruskan urusan rumahtangga, dan bekerjasama
dengan isterinya.

Sabda Rasulullah: Orang yang terbaik diantara kamu adalah orang yang terbaik
terhadap isterinya, dan aku adalah orang yang terbaik diantara kamu terhadap
isteriku. ( HR Ibnu Majah )

Tauladan Rasulullah Dalam kehidupan berkeluarga.......

A: Keadaan beliau sebagai suami dan ayah
B: Kebiasaan beliau di tengah kehidupan bekeluarga
C: Cinta kasih beliau terhadap isteri dan anak.

Tuesday, March 9, 2010

MANUSIA YANG DICIPTAKAN TERISTEMEWA

Muqodimah.
Manusia yang istemewa ini adalah mereka yang memenuhi ciri-ciri individu Islam yang sebenar menurut kehendak Al-quran dan Al-sunnah dalam seluruh aspek kehidupan.Bagi mewujudkan manusia yang istemewa,seorang itu hendaklah memiliki ciri-ciri keistemewaan iaitu keimanan yang utuh,amal ibadat yang meliputi ibadat khususiah dan fardhu kifayah dan akhlak mulia yang merupakan cermin keimanan dan amal salih.

1. Keimanan yang utuh.

Keimanan kepada Allah s.w.t adalah paksi pembinaan peribadi,negara dan ummah.Dengan keimanan itu akan lahirlah individu yang istemewa dan masyarakat yang berbudi luhur,berdisplin,jujur,ikhlas dan beramanah demi kebaikan dunia dan ahirat.
Allah berfirman yang bermaksud.
" Demi masa sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian kecuali orang yang beriman dan beramal saleh yang berpesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran" ( Surat al-Asri :1-3)

Dalam ayat ini,Allah s.w.t menjelaskan bahawa manusia yang beruntung ialah mereka yang beriman dan beramal saleh.

Beriman kepada Allah adalah proses peralihan jiwa manusia daripada menanggap dirinya bebas daripada sebarang kuasa dan ikatan serta tanggungjawab kepada ketundukan mengaku tanpa syarat bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhamad itu Rasulullah. Iman merngkumi tiga unsur utama,pengetahuan yang mendalam,kepercayaan yang jitu dan keyakinan yang teguh.Semua unsur ini akan membentuk iman yang kukuh yang menjadi tunggak kekuatan ruhaniyah yang kental untuk membina jiwa dan jasmani manusia serta menghalang daripada melakukan kejahatan dan maksiat.

2. Pelaksanaan Amal Ibadat

Keimanan tanpa ketaatan melalui amal ibadat adalah sia-sia.Seseorang yang berperibadi istemewa akan tergambar jelas keimanannya melalui amal perbuatan dalam kehidupan sehariannya.Bahkan jika dikaji tujuan Allah menjadikan manusia itu sendiri ialah supaya beribadat kepadanya. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud;
" Tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat"Ibadat yang dimaksudkan disini termasuklah ibadat khususiah yang menyentuh Fardhu ain dan juga Fardh kipayah yang merangkumi hubungan manusia sesama manusia. Jestru itu, bagi individu yang berperibadi istemewa, selurh hidupnya baik hubungannya dengan pencipta ataupun masyarakat adalah dianggap ibadat.Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
" Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman,iaitu orang yang khusyu' dalam sembahyangnya.... (Surat al-Mukminun )

3. Akhlak yang mulia

Akhlak yang mulia bagi peribadi istemewa manusia adalah hasil keimanan yang kental.Ini disebabkan tali ikatan yang menjalinkan hubungan antara individu dengan individu dan antara individu dengan masyarakat maka terbentuklah melalui nilai-nilai dan displin yang di amalkan oleh individu dan masyarakat tersebut. Sekiranya nilai yang diamalkan itu positif,maka akan lahirlah individu dan masyarakat yang aman,damai,harmoni dan diselubungi dengan roh islam. Rasulullah adalah contoh yang utama pembentukkan akhlak: Sabda Rasulullah s.a.w .Ertinya "Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak" (Riwayat Ahmad)
Nilai yang baik dalam akhlak islam yang menjadi tunggak bagi melahirkan individu istemewa ialah:

a. Amanah
Amanah adalah sifat mulia yang mesti diamalkan oleh setiap orang. Ia adalah asas ketahanan umat,kestabilan negara,kekuasaan ,kehormatan dan keadilan kepada semua aspek.
Firman Allah s.w.t. Yang bermaksud; " Maka tunaikanlah oleh orang yang diamanahkan itu akan amanahnya dan bertakwalah kepada Allah,Tuhannya" (Surat al-baqarah)

b. Ikhlas
Ikhlas adalah inti setiap ibadah dan perbuatan Firman Allah s.w.t: yang bermaksud:"Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadanya.' (Surat al Baiyinnah)

Ikhlas akan menghasilkan kemenangan dan kejayaan. Masyarakat yang mengamalkan sifat ikhlas akan mencapai kebaikan dunia dan akhirat,bersih daripada sifat kerendahan seperti (hasad dengki ,irihati,tamak, kuat memfitnah) dan mencapai perpaduan,perdamaian dan kesejahteraan.Sabda Rasulullah s.a.w. Ertinya; "Bahagialah dengan limpah kebaikan bagi orang-orang yang bila dihadiri(berada dalam kumpulan)tidak dikenali,tetapi apabila tidak hadir tidak pula kehilangan>mereka itulah pelita hidayat.Tersisih daripada mereka segala fitnah dan angkara orang zalim' (Riwayat Imam al-Baihaqi daripad At Thauban)

c.Tekun
Islam mengalakkan umatnya supaya tekun apabila melakukan sesuatu pekerjaan sehingga selesai dan berjaya. Sabda Rasulullah s.a.w. Ertinya "Sesungguhnya Allah s.w.t menyukai apabila seseorang kamu berkerja dia melakukan dengan tekun"(Riwayat Abu Daud)

d. Berdisplin

Berdisplin dalam menjalankan sesuatu kerja akan dapat menghasilkan mutu kerja yang cemerlang.Dengan berdisplin sesorang itu akan dapat menguatkan pegangannya terhadap ajaran agama dan menghasilkan mutu kerja yang cemerlang.

e. Bersyukur

Bersyukur dalam kontek peribadi insan istemewa berlaku dalam dua keadaan: 1. Sebagai tanda kerendahan hati terhadap segala nikmat yang diberikan oleh pencipta samaada sedikit atau banyak. 2. Bersyukur sesama makhluk sebagai ketetapan daripada Allah s.w.t. supaya kebajikan sentiasa dibalas dengan kebajikan. Firman Allah yang bermaksud: 'Demi sesungguhnya jika kamu bersyukur nescaya aku akan tambahkan nikmatku kepada kamu dan jika kamu kufur,sesungguhnya azabku amatlah pedih(Keras) (Surat Ibrahim :7)

f. Sabar
Di dalam menghadapi cabaran hidup,kesabaran amat penting untuk membentuk peribadi insan istemewa seperti yang dikehendaki Allah s.w.t. Firman Allah yang bermaksud: " Wahai orang-orang yang beriman,bersabarlah kamu(menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara kebajikan)dan kuatkanlah kesabaran kamu(lebih daripada kesabaran musuh di medan perjuangan)dan bersedialah(dengan kekuatan pertahanan di Daerah-Daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah s.w.t.,supaya kamu berjaya" (surat Ali Imran :200)

g. Adil
Adil bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya.Para ulama membahagikan Adil kepada beberapa peringkat. a) Adil terhadap diri sendiri b) Adil kepada orang bawahan c) Adil kepada pemimpin atasan d) Adil kepada sesama saudara (Sesama agama atau keluarga)
Sabda rasulullah s.a.w. Ertinya " Tiga perkara yang menelamatkan,iaitu takut pada Allah ketika bersedirian dan dikhalayak ramai,berlaku adil pada ketika suka dan marah,berjimat cermat ketika susah dan senang dan tiga perkara yang membinasakan iaitu mengikut hawa nafsu,trlampau bakhil dan kagum seseorang dengan dirinya sendiri"(Riwayat Abu Syeik)

Rujukan BAHEIS.

Wednesday, February 3, 2010

FITNAH DOSA BESAR

Sabda Nabi s.a.w.yang bermaksud:
Fitnah itu lebih dahsat daripada pembunuhan.Alhadis.
Kita sebagai umat islam wajib berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan atau tuturkata kepada orang awam,kerana percakapan yang keluar dari mulut kita itu kalau ianya benar maka kita akan mendapat pahala yang besar,namun jika pertuturan kita itu sebagai satu fitnah serta rekaan semata-mata akibatnya nanti azab yang pedih kita terima daripada Allah s.w.t.dan masyarakat akan porakperanda lagi terkeliru. Islam amat melarang kita umat islam membuat fitnah kepada orang lain kalau berita itu tidak sebenarnya berlaku.Lebih baik kita sebagai islam yang mahukan kesejahteraan dan keamanan berdiam sahaja tanpa bercakap mengenai berita yang tidak sahih sumbernya.Sabda rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Sesiapa yang membuka aurat(Rahsia)seseorang maka Allah akan membuka Auratnya(Rahsianya)di dunia dan akhirat.Alhadis.Oleh itu saudaraku seagama jauhilah diri kita dalam membuat fitnah kerana ianya boleh menhancurkan diri dan masyarakat islam seluruhnya. Wallahu a'aklam.