Search This Blog

Friday, January 22, 2010

KENALI ERTI KEPIMPINAN

A. Definisi kepimpinan
Kepimpinan adalah suatu proses mengerakkan sekumpulan manusia menuju ke suatu arah yang telah ditentukan melalui dorongan yang tidak memaksa.Kepimpinan yang baik menggerakkan manusia untuk memenuhi kehendak jangka panjang.Pengarahan itu boleh menjadi umum seperti menyebarkan Islam ke serata dunia atau khusus seperti mengadakan persidangan,seminar,dialog mengenai isu.Walau bagaimanapun,cara dan hasilnya haruslah memenuhi kepentingan manusia yang terlibat dalam kenyataan sebenar dan jangka panjang.
Kepimpinan adalah suatu peranan dan proses mempengaruhi orang lain.Pemimpin adalah sebahagian dari ahli yang diberi kedudukan yang tertentu dan dijangka bertindak sesuai dengan kedudukannya.Pemimpin juga seorang ahli dalam kumpulan yang diharapkan mengunakan pengaruh dalam melaksana dan mencapai matlamat kumpulan.Pemimpin yang amanah ialah orang yang memimpin dan bukan seseorang yang mengunakan kedudukannya untuk memimpin.

B. KONSEP ASAS KEPIMPINAN
1.Kepimpinan adalah suatu kuasa yang menghubungkan pemimpin dengan pengikutnya dan mendorong pengikutnya supaya mengerah tenaga secara tersusun menuju objektif secara kolektif.Berkerja kearah objektif memberikan kepuasan kepada pemimpin dan juga pengikutnya.
2.Kepimpinan juga memberikan perwatakan dan menerima perwatakan daripada mas media,persekitaran dan iklim tempatnya berfungsi.Kepimpinan tidak berkerja dalam ruang yang tidak ada udara,tetapi berkerja dalam iklim yang diwujudkan oleh pelbagai unsur.
3.Kepimpinan sentiasa aktif.Kepimpinan mungkin berubah mengikut peringkat,kekuatan atau had,tetapi ia tidak akan tengelam dan timbul.Keadaannya adalah dinamik atau tidak ada lansung.
4.Kepimpinan mengambil perinsip-perinsip,kaedah dan sistem mengikut kadar yang pasti dan tetap secara yang disengajakan.

KRITERIA PEMIMPIN

Semasa perlantikan Abu Bakar As-sidik sebagai Khalifah yang pertama,beliau menyatakan dasar kepimpinnya dalam Khutbah seperti berikut yang bermaksud:
" Wahai manusia sekarang aku telahmemegang perkerjaan kamu ini,tetapi bukanlah aku orang yang lebih baik daripada kamu.Jika aku berlaku adil dalam urusanku sokonglah aku,tetapi jika aku berlaku salah,betulkanlah aku kembali.Kejujuran adalah suatu amanah,kedustaan adalah satu khianat,orang yang kuat diantara kamu pada sisiku adalah lemah,sehingga hak si lemah aku tarik padanya.Orang yang lemah diantara kamu pada sisiku adalah kuat,sebab aku ambil daripada sikuat haknya itu.Insyaallah janganlah kamu menghentikan jihad,kamu tidak akan ditimpa kehinaan.Taatlah kepada aku selama aku taat kepada Allah dan rasulnya.Tetapi kalau aku melanggar perintahnya,janganlah mengikuti aku lagi.Berdirilah untuk sembahyang,semoga Allah s.w.t merahmati kamu"
Artkel pmiutm.

Friday, January 15, 2010

KATA-KATA MUNTIARA

Hidup adalah satu
ciri pengalaman,setiap satunya
menjadikan kita lebih
dewasa,walaupun
ia sukar untuk disedari.
Dunia diwujudkan
untuk membentuk keperibadian,
dan kita harus belajar
bahawa kegagalan dan
kesedihan yang
dialami akan membolehkan
kita terus
mara ke hadapan
" HENRY FORD"