Search This Blog

Friday, November 20, 2009

Kepentingan Tarbiyyah dan Dakwah

Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik.” ~ (al-I’mran : 110).

Tarbiyyah dan dakwah tidak dapat dipisahkan dalam islam. Tarbiyyah membawa maksud latihan pendidikan berterusan untuk melengkapkan individu muslim dengan segala aspek rohani, jasmani, emosi, sosial, intelek dan kemahiran. Dakwah adalah usha menyeru ke jalan Allah dengan mengamalkan segala seruan dan meninggalkan segala larangannya.

Pentingkah Tarbiyyah?

Tarbiyyah umpama bahan baker bagi diri individu yang akan melaksanakan dakwah. Tanpa bahan bakar yang sesuai, cukup dan boleh bertahan lama, ia akan menyebabkan nafas perjalanan dakwah seseorang individu itu tidak tahan lama dan akan berhenti pada bila-bila masa sahaja.

Pentingkah Dakwah?

Sumber hidayah ada dua:
1. hidayah tidak mutlak dari rasul dan pendakwah.
2. hidayah mutlak dari Allah.

Dalam surah Al-Fatihah ayat 6, bermaksud “ tunjukkan kami jalan yang lurus”. Menurut Quraish Shihab, penggunaan kami di sini menjelaskan dua sebab:
1. Hidayah tidak cukup jika ia hanya dimiliki oleh seorang sahaja. Satu firkah atau kumpulan perlu diberikan hidayah supaya untuk memastikan individu lain berada di atas jalan yang lurus. Jika A mendapat hidayah tetapi orang sekelilingnya tidak, ia akan mengancam hidayah keimanan yang ada dalam diri A.
2. Hidayah tidak mutlak ini diperolehi daripadausaha sesame manusia dan ia akan menjadi asas hidayah mutlak yang hadir daripada Allah.
Tidak lain dan tidak bukan untuk merealisasikan fakta kedua di atas, maka usaha dakwah amat diperlukan. Dakwah adalah usaha sesame manusia untuk memiliki hidayah mutlak disisi Allah. Tidak mungkin Allah memberi hidayah begitu sahaja tanpa usaha daripada manusia sendiri. Dakwah juga adalah tugas para rasul yang menunjukkan nilai pengorbanan yang tinggi. Individu yang masih belum melaksanakan dakwah masih belum cukup pengorbanan dan tidak layak untuk mengaku sebagai ummat nabi Muhammad s.a.w.



Tarbiyyah dan Dakwah Berasingan?

Tarbiyyah dan dakwah perlu seiringan dan tidak patut dipisahakan. Mengapa? Walaupun nabi berdakwah secara “rasmi” pada usia 40 tahun, namun baginda telah menyediakan “modal” dakwah sebelum itu lagi. Salah satu modal tersebut ialah sifat amanah dan mulia akhlaknya yang “disusun oleh Allah” sehingga digelar Al-amin. Ini adalah modal setelah baginda mendapat wahyu pertama. Usaha dakwah rasulullah bukan bermula pada usia 40 tahun bahkan baginda telah membina karier dakwah seawall kehidupan remaja baginda. Rasul mendapat tarbiyyah terus dari Allah dengan perantaraan jibril sehingga baginda wafat.
Tarbiyyah menjadi sangat penting apabila seseorang berada dalam lapangan dakwah yang memerlukan persediaan dan kekadang “minyak” habis secara tiba-tiba menjadikan perjalanan dakwah ini sukar dan terasa amat jauh. Inilah yang dinyatakan oleh Allah dalam surah At-taubah[9:42] “kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu yang berfaedah dan mudah didapati, dan suatu perjalanan yang dekat(tidak terlalu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu, tetapi tempat yang hendak dituju itu terasa amat jauh dan sukar bagi mereka. Dan mereka akan bersumpah dengan nama Allah dengan berkata; “kalau kami sanggup, tentulah kami akan pergi bersama kamu”. (Dengan sumpah itu)mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka itu orang-orang yang berdusta (tentang tidak sanggupnya mengikutmu).”

Apakah Kesan Tarbiyyah Tanpa Dakwah?

Tarbiyyah berperanan seperti air dalam badan manusia. Air ini perlu bergerak dan dijelmakan dalam pelbagai bentuk seperti darah, plasma, bendalir sel dan pelbagai lagi. Jika air tersebut tidak bergerak dan terperam dalam badan kelak ia akan membusuk dan bias mengundang pelbagai penyakit. Begitu juga segala ilmu dan potensi yang dibina dalam tarbiyyah tetapi tidak diterjemahkan dalam bentuk aplikasi dakwah akan menyebabkan seseorang itu dihinggapi pelbagai penyakit hati sehingga dia lebih suka menjadi hakim yang menghukum daripada penyeru kearah kebenaran. Tanpa dakwah tarbiyyah akan merosakkan diri seseorang kerana merasakan dirinya sahaja yang betul dan individu lain salah.

Apakah Kesan Dakwah Tanpa Tarbiyyah?

Seperti perumpamaan tadi, tarbiyyah adalah air yang memberi tenaga dan modal buat si pendakwah untuk terus bergerak. Jika pada awalnya si pendakwah bersemangat untuk menyeru manusia kepada kebaikan, tetapi tanpa bekalan tarbiyyah yang dibekalkan secara terus-menerus maka dia akan semakin lemah dan tidak berdaya. Apabila ketandusan air, bukan sahaja dakwah tidak dapat dilaksanakan dengan baik malah kekadang si pendakwah itu sendiri merasa letih dan tidak mampu untuk meneruskan usaha dakwahnya. Inilah asas kepada gejala keciciran yang berlaku kepada para dai’e dalam medan dakwah. Tanpa tarbiyyah seseorang itu tidak akan bertahan lama di medan dakwah yang penuh mehnah dan tribulasi ini.

Tarbiyyah Menjamin Kelestarian Dakwah

Jika tarbiyyah yang diperoleh menepati syarat yang digariskan oleh Allah, maka ia pasti mampu menyediakan individu yang mapan dalaman dan luaran agar istiqamah dalam melaksanakan misi dakwah. Elemen tarbiyyah jasadiyyah dan ruhiyyah yang dimiliki setiap dai’e akan menyediakan mereka bagi menghadapi ujian dan cabaran sepanjang jalan yang dakwah ini.

Ummah Perlu Dibangunkan Mengikut Kehendak Allah

Kita tidak boleh memahami islam dengan sekadar melihat sepintas lalu amaln hidup mereka yang mengaku islam pada hari ini. Sekarang, ummat islam telah dikelirukan. Masyarakat arab 14 abad dahulu juga tidak dapat melihat kebenaran itu kerana kebenaran telah ditutup dan dikelirukan oleh sifat-sifat fujur (melampau) yang menguasai diri manusia itu sendiri.
Rasulullah telah diutuskan oleh Allah dengan membawa risalah kebenaran bagi memandu hidup manusia dengan iman menuju kepada Allah S.W.T. Melalui imanlah kita akan mampu menilai alam, manusia dan kehidupan ini dengan betul.
Perlu diyakini mana-mana ummat yang dilahirkan tanpa melalui proses mengikut saluran sepertimana yang Allah kehendakipasti tidak akan dapat melahirkan natijah hidup islam.
Kita tidak gemar unutk bercakap banyak dalam hal ini, tetapi oleh kerana ketiadaan ummat yang benar-benar menghayati islam, maka kita perlu tampil memberikan kesedatan serta kefahaman islam sebenar. Kita tidak menafikan disana-sini terdapat individu-individu yang melaksanakan amalan islam tetapi tidak dengan ilmu dan kefahaman.
Unutk mendapatkan kesedaran dan kefahaman itu kembali maka perlulah kita kembali kepada proses tarbiyyah yang pernah berjalan di bawah pimpinan Rasulullah S.A.W atau yang disebut sebagai madrasah tarbiyyah.
Justeru itu, kita selaku ummat nabi Muhammad memikul tanggungjawab agung untuk membangunkan individu muslim agar dapat melaksanakan islam dalam segenap aspek kehidupan. Wallahu A’alam.

No comments:

Post a Comment