Search This Blog

Tuesday, March 16, 2010

LELAKI SOLEH

Subject: LELAKI SOLEH
Lelaki Soleh dapat di definisikan sebagai seorang lelaki muslim yang beriman
(mukmin), bersih dari segi zahir dan batinnya, mengambil makanan yang bersih
dan halal(bukan dari sumber yang haram) serta sentiasa berusaha menjauhkan
dirinya dari perkara yang akan mendorong kearah maksiat dan menariknya ke jurang NERAKA yang amat dalam.

Lelaki soleh juga ialah seorang lelaki yang sentiasa taat kepada Allah swt.
dan RasulNya walau dimana sahaja mereka berada dan pada bila bila masa sahaja. Kesolehan dan keimanan seseorang tidak dapat dilihat dan diukur dari segi lahiriah semata mata kerana ianya adalah berkait rapat dengan masalah AKIDAH dan KEYAKINAN, kepada siapa dia menyerah keyakinan dan ketaatan dan
sebaliknya.

TAUHID merupakan dasar tertinggi dalam kehidupan yang harus sentiasa
dipelihara kerana apabila tauhid tidak betul dan sempurna, maka seluruh
amalan yang dilakukan adalah sia-sia sahaja. Apabila telah jelas kepada
siapa kita memberikan perwalian dan terhadap pihak mana kita menolak
kepimpinan, barulah Tauhid akan menjadi kenyataan dan berdiri dengan
tegaknya dalam jiwa seseorang. Oleh yang demikian, jelaslah bahawa kesolehan
seseorang lelaki itu tidak dapat dinilai dari segi lahiriah semata-mata.

Ianya adalah lebih jauh dan mendalam dari itu semua. Antara hal-hal yang
harus dilihat dan dikaji pada setiap individu muslim ialah perkara-perkara
yang bersangkutan dengan keyakinan, tujuan dan pandangan hidup serta
cita-cita dan jalan hidup seseorang itu.

KRITERIA-KRITERIA LELAKI SOLEH SEPERTI YANG DIMAKSUDKAN OLEH AL QURAN DAN AL HADIS.....

1. Sentiasa taat kepada Allah swt dan Rasullulah saw.
2. Jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hudupnya.
3. Mati syahid adalah cita cita hidup yang tertinggi.
4. Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran dari Allah swt.
5. Ikhlas dalam beramal.
6. Kampung akhirat maejadi tujuan utama hidupnya.
7. Sangat takut kepada ujian Allah swt. dan ancamannya.
8. Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya.
9. Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.
10. Solat malam menjadi kebiasaannya.
11. Tawakal penuh kepada Allah taala dan tidak mengeluh kecuali kepada
Allah swt
12. Selalu berinfaq samaada dalam keadaan lapang mahupun sempit.
13. Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah diantara mereka.
14. Sangat kuat amar maaruf dan nahi munkarnya.
15. Sangat kuat memegang amanah, janji dan kerahsiaan.
16. Pemaaf dan lapang dada dalam menghadapi kebodohan manusia, sentiasa
saling koreksi sesama ikhwan dan tawadhu' penuh kepada Allah swt.
17. Kasih sayang dan penuh pengertian kepada keluarga.

Selain daripada ciri-ciri diatas, orang yang soleh juga merupakan
insan insan yang senantiasa mendapat ujian dan cubaan daripada Allah swt.
setelah para nabi nabi dan orang orang yang mulia. Mereka menghadapi segala
ujian tersebut dengan hati yang tabah dan tetap teguh dalam keimanan serta
pendirian. Mereka tidak mudah menyerah kalah dari keganasan dan tekanan musuh.

Tugas tugas dan kewajipan Lelaki Soleh........

1. Mencari nafkah ( belanja hidup)
2. Berjihad Fisabilillah.
3. Melindungi dan membela kaum yang lemah dan tertindas.
4. Memimpin, mendidik dan berlaku adil terhadap isteri.

1. MENCARI NAFKAH

Tugas mencari nafkah diberatkan kepada kaum Lelaki kerana kelebihan dalam
penciptaannya yang berupa kekuatan fizikal dan akal fikirannya. Oleh itu
Lelaki mampu untuk bekerja keras untuk mencari nafkah, memberi perlindungan
dan pertahanan maruah kehidupannya terutama kepada keluarga,bangsa
dan agamanya. Inilah sebabnya lelaki diangkat menjadi pemimpin bagi kaum
wanita. Oleh itu, seorang lelaki muslim, lelaki dan suami yang soleh, tidak
akan melalaikan tugas ini. Ia wajib bekerja menurut apa sahaja kemampuannya.
Dalam melaksanakan tugas ini, dia haruslah MEMBETULKAN NIATnya iaitu ikhlas
untuk mencari keredhaan Allah swt. Dia tidak akan merasa MALU untuk
melakukannya sebaliknya gembira dan berbangga terhadap pekerjaannya lebih
lebih lagi perkara yang halal.

Lelaki soleh tidak akan lupa untuk mengingati hari akhirat tetapi menjadikannya sebagai tujuan yang utama. dia bekerja didunia untuk mencari keuntungan di akhirat, bukannya mengejar keduniaan semata-mata. Dengan cara ini, usahanya akan sentiasa berhasil dan berjaya didunia dan akhirat. Seperti kata ulama Salaf yang bermaksud; Wahai anak Adam! Juallah duniamu dengan akhirat, maka engkau akan UNTUNG semuanya, tetapi jangan engkau jual akhirat dengan dunia, maka engkau akan RUGI semuanya.

" Bagi orang orang yang telah mengerjakan kewajipan agamanya dengan baik kemudian terasa penat dan letih pada malamnya, sehingga tidak dapat mengerjakan amalan amalan sunnah, maka Allah dan RasulNya memberikan jaminan dengan ampunan sepanjang malam yang dilaluinya dengan tidur yang nyenyak".

Inilah antara ganjaran yang akan dikurniakan kepada lelaki soleh yang mencari nafkah dengan bersungguh sungguh. Terdapat dua cara orang berusaha mencari nafkah seperti yang dianjurkan oleh ISLAM.

Pertama:Hendaklah ia tidak melalaikan tugasnya terhadap Allah swt. dan
janganlah ia meninggalkan nilai nilai yang LUHUR.

Kedua : Hendaklah dilakukan dengan cara yang halal, bersih dan tidak
Membawa apa apa kemudaratan kepada orang lain dan tidak pula bertentangan
Dengan peraturan-peraturan umum.

Antara cara cara pencarian harta yang diharamkan oleh Islam ialah:

1. Riba,
2. Penimbunan barang barang yang menjadi hajat orang ramai,
3. Perjudian dan perdagangan minuman keras,
4. Berlaku penipuan dalam penimbangan dan penukaran barang,
5. Mencuri
6. Memakan harta orang lain dengan cara yang bathil seperti yang
diterangkan
dalam surah An Nisa 4, ayat 29.

2. BERJIHAD FISABILILLAH

Jihad merupakan amal yang paling utama dan puncak ketinggian Islam. Tidak
ada satu pun amalan soleh yang dapat menandingi Jihad. Orang soleh tidak
sedikit pun merasa gentar dan takut apabila berjuang menegakkan agama Allah
sebaliknya sentiasa tersenyum bangga menjadi seorang Pegawai Allah dengan
gelaran paling indah iaitu MUJAHIDIN. Inilah yang dimaksudkan dengan lelaki
soleh, yang mana pekerjaan utamanya membunuh atau terbunuh. Jika tidak
terbunuh, maka ia mesti membunuh. Tidak terdapat alternatif lain kecuali
satu antara dua 'YUQTAL AU YAGHLIB' yakni TERBUNUH atau MENANG.

3. MELINDUNGI DAN MEMBELA KAUM YANG LEMAH DAN TERTINDAS

Sememangnya sejak akhir-akhir ini golongan kafir senantiasa mencari peluang
untuk menindas dan menakluki negara-negara serta umat- umat Islam.Orang
orang yang soleh haruslah peka dan bersedia untuk bertindak balas supaya
umat-umat Islam tidak akan ditindas dengan sewenang-wenangnya oleh golongan
tersebut.

" Wahai lelaki soleh...! tugas dan tanggungjawabmu bukanlah ringan,bayangkan langit dan gunung tidak mampu membawanya. Kamu sajalah yang akan tampil dan mampu menyelesaikan persoalan besar ini. Orang orang yang lemah dan sedang tertindas sentiasa menanti kehadiranmu. Mereka berdoa agar kamu segera tiba untuk menjadi pembela dan penolong bagi mereka."Inilah laungan yang senantiasa terdengar daripada golongan golongan yang tertindas dan mengharapkan bantuan.Oleh itu lelaki yang soleh haruslah
memainkan peranannya sebagai pembela agama sama ada secara langsung ataupun
tidak langsung demi untuk mengekalkan kedaulatan agama Islam

4. MEMIMPIN DAN MENDIDIK ISTERI

1.Mengajar dan membimbing dengan cara yang baik sehingga isteri yang
tidak solehah menyedari akan kesilapannya dan menukar cara hidupnya menjadi
isteri solehah. 2.Menangani isteri yang bodoh dan keras kepala dengan bijaksana sehingga dia menyedari hakikat yang sebenarnya dan bersedia mengubahnya.

Demikianlah cara yang telah digariskan oleh Islam untuk mengatasi
masaalah ketidaksesuaian suami isteri dalam kehidupan rumah tangga.Apabila
menghadapi sebarang kesulitan, lelaki soleh tidak akan cepat melatah dan
bertindak menurut nafsu dan perasaan semata-mata tanpa mengambil kira
perasaan orang lain. Lelaki soleh akan bertindak dengan cara yang lebih
effisien dan bijaksana dan senantiasa memohon petunjuk dari Allah swt.

Dengan ini kebahagiaan rumahtangga akan dapat dikekalkan buat selama
Lamanya. Berlaku baik terhadap isteri. Suami yang soleh akan sentiasa maenjaga
kebajikan keluarganya terutama isterinya.Ia senantiasa menjaga hati dan perasaan pasangannya dan sentiasa menggembirakan isterinya. Mereka juga akan
bertanggungjawab dalam menguruskan urusan rumahtangga, dan bekerjasama
dengan isterinya.

Sabda Rasulullah: Orang yang terbaik diantara kamu adalah orang yang terbaik
terhadap isterinya, dan aku adalah orang yang terbaik diantara kamu terhadap
isteriku. ( HR Ibnu Majah )

Tauladan Rasulullah Dalam kehidupan berkeluarga.......

A: Keadaan beliau sebagai suami dan ayah
B: Kebiasaan beliau di tengah kehidupan bekeluarga
C: Cinta kasih beliau terhadap isteri dan anak.

3 comments: