Search This Blog

Tuesday, March 9, 2010

MANUSIA YANG DICIPTAKAN TERISTEMEWA

Muqodimah.
Manusia yang istemewa ini adalah mereka yang memenuhi ciri-ciri individu Islam yang sebenar menurut kehendak Al-quran dan Al-sunnah dalam seluruh aspek kehidupan.Bagi mewujudkan manusia yang istemewa,seorang itu hendaklah memiliki ciri-ciri keistemewaan iaitu keimanan yang utuh,amal ibadat yang meliputi ibadat khususiah dan fardhu kifayah dan akhlak mulia yang merupakan cermin keimanan dan amal salih.

1. Keimanan yang utuh.

Keimanan kepada Allah s.w.t adalah paksi pembinaan peribadi,negara dan ummah.Dengan keimanan itu akan lahirlah individu yang istemewa dan masyarakat yang berbudi luhur,berdisplin,jujur,ikhlas dan beramanah demi kebaikan dunia dan ahirat.
Allah berfirman yang bermaksud.
" Demi masa sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian kecuali orang yang beriman dan beramal saleh yang berpesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran" ( Surat al-Asri :1-3)

Dalam ayat ini,Allah s.w.t menjelaskan bahawa manusia yang beruntung ialah mereka yang beriman dan beramal saleh.

Beriman kepada Allah adalah proses peralihan jiwa manusia daripada menanggap dirinya bebas daripada sebarang kuasa dan ikatan serta tanggungjawab kepada ketundukan mengaku tanpa syarat bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhamad itu Rasulullah. Iman merngkumi tiga unsur utama,pengetahuan yang mendalam,kepercayaan yang jitu dan keyakinan yang teguh.Semua unsur ini akan membentuk iman yang kukuh yang menjadi tunggak kekuatan ruhaniyah yang kental untuk membina jiwa dan jasmani manusia serta menghalang daripada melakukan kejahatan dan maksiat.

2. Pelaksanaan Amal Ibadat

Keimanan tanpa ketaatan melalui amal ibadat adalah sia-sia.Seseorang yang berperibadi istemewa akan tergambar jelas keimanannya melalui amal perbuatan dalam kehidupan sehariannya.Bahkan jika dikaji tujuan Allah menjadikan manusia itu sendiri ialah supaya beribadat kepadanya. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud;
" Tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat"Ibadat yang dimaksudkan disini termasuklah ibadat khususiah yang menyentuh Fardhu ain dan juga Fardh kipayah yang merangkumi hubungan manusia sesama manusia. Jestru itu, bagi individu yang berperibadi istemewa, selurh hidupnya baik hubungannya dengan pencipta ataupun masyarakat adalah dianggap ibadat.Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
" Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman,iaitu orang yang khusyu' dalam sembahyangnya.... (Surat al-Mukminun )

3. Akhlak yang mulia

Akhlak yang mulia bagi peribadi istemewa manusia adalah hasil keimanan yang kental.Ini disebabkan tali ikatan yang menjalinkan hubungan antara individu dengan individu dan antara individu dengan masyarakat maka terbentuklah melalui nilai-nilai dan displin yang di amalkan oleh individu dan masyarakat tersebut. Sekiranya nilai yang diamalkan itu positif,maka akan lahirlah individu dan masyarakat yang aman,damai,harmoni dan diselubungi dengan roh islam. Rasulullah adalah contoh yang utama pembentukkan akhlak: Sabda Rasulullah s.a.w .Ertinya "Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak" (Riwayat Ahmad)
Nilai yang baik dalam akhlak islam yang menjadi tunggak bagi melahirkan individu istemewa ialah:

a. Amanah
Amanah adalah sifat mulia yang mesti diamalkan oleh setiap orang. Ia adalah asas ketahanan umat,kestabilan negara,kekuasaan ,kehormatan dan keadilan kepada semua aspek.
Firman Allah s.w.t. Yang bermaksud; " Maka tunaikanlah oleh orang yang diamanahkan itu akan amanahnya dan bertakwalah kepada Allah,Tuhannya" (Surat al-baqarah)

b. Ikhlas
Ikhlas adalah inti setiap ibadah dan perbuatan Firman Allah s.w.t: yang bermaksud:"Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadanya.' (Surat al Baiyinnah)

Ikhlas akan menghasilkan kemenangan dan kejayaan. Masyarakat yang mengamalkan sifat ikhlas akan mencapai kebaikan dunia dan akhirat,bersih daripada sifat kerendahan seperti (hasad dengki ,irihati,tamak, kuat memfitnah) dan mencapai perpaduan,perdamaian dan kesejahteraan.Sabda Rasulullah s.a.w. Ertinya; "Bahagialah dengan limpah kebaikan bagi orang-orang yang bila dihadiri(berada dalam kumpulan)tidak dikenali,tetapi apabila tidak hadir tidak pula kehilangan>mereka itulah pelita hidayat.Tersisih daripada mereka segala fitnah dan angkara orang zalim' (Riwayat Imam al-Baihaqi daripad At Thauban)

c.Tekun
Islam mengalakkan umatnya supaya tekun apabila melakukan sesuatu pekerjaan sehingga selesai dan berjaya. Sabda Rasulullah s.a.w. Ertinya "Sesungguhnya Allah s.w.t menyukai apabila seseorang kamu berkerja dia melakukan dengan tekun"(Riwayat Abu Daud)

d. Berdisplin

Berdisplin dalam menjalankan sesuatu kerja akan dapat menghasilkan mutu kerja yang cemerlang.Dengan berdisplin sesorang itu akan dapat menguatkan pegangannya terhadap ajaran agama dan menghasilkan mutu kerja yang cemerlang.

e. Bersyukur

Bersyukur dalam kontek peribadi insan istemewa berlaku dalam dua keadaan: 1. Sebagai tanda kerendahan hati terhadap segala nikmat yang diberikan oleh pencipta samaada sedikit atau banyak. 2. Bersyukur sesama makhluk sebagai ketetapan daripada Allah s.w.t. supaya kebajikan sentiasa dibalas dengan kebajikan. Firman Allah yang bermaksud: 'Demi sesungguhnya jika kamu bersyukur nescaya aku akan tambahkan nikmatku kepada kamu dan jika kamu kufur,sesungguhnya azabku amatlah pedih(Keras) (Surat Ibrahim :7)

f. Sabar
Di dalam menghadapi cabaran hidup,kesabaran amat penting untuk membentuk peribadi insan istemewa seperti yang dikehendaki Allah s.w.t. Firman Allah yang bermaksud: " Wahai orang-orang yang beriman,bersabarlah kamu(menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara kebajikan)dan kuatkanlah kesabaran kamu(lebih daripada kesabaran musuh di medan perjuangan)dan bersedialah(dengan kekuatan pertahanan di Daerah-Daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah s.w.t.,supaya kamu berjaya" (surat Ali Imran :200)

g. Adil
Adil bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya.Para ulama membahagikan Adil kepada beberapa peringkat. a) Adil terhadap diri sendiri b) Adil kepada orang bawahan c) Adil kepada pemimpin atasan d) Adil kepada sesama saudara (Sesama agama atau keluarga)
Sabda rasulullah s.a.w. Ertinya " Tiga perkara yang menelamatkan,iaitu takut pada Allah ketika bersedirian dan dikhalayak ramai,berlaku adil pada ketika suka dan marah,berjimat cermat ketika susah dan senang dan tiga perkara yang membinasakan iaitu mengikut hawa nafsu,trlampau bakhil dan kagum seseorang dengan dirinya sendiri"(Riwayat Abu Syeik)

Rujukan BAHEIS.

No comments:

Post a Comment